BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 26, 2012

mEnjaga Aurat wahai wanita

Assalamualaikum, apa khabar? kat sini saya nak mengajak marilah kita sama
2 menjaga aurat kita. sbabnya sy melihat aurat itu ditutup tapi tak perfect.



Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]


sememangnya fitrah wanita itu dia menyukai kecantikan atau keindahan, bukan setakat suka cantik tapi suka untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain..

dalam fitrah suka cantik dan suka tuk tunjuk kat orang yg awak tu cantik, ada panduannya dalam Islam.. cantik itu ditunjukkan kepada yg berhak dan disembunyikan kepada yg tidak berhak gapo dia?? iaitu.. berhak kpada mahram tak berhak kpada bukan mahram.
Mahram ialah orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, bapak mertua kita dan lain-lain.
bila dekat luar kena tutup perfect, kita tutup aurat bukan nak bagi org nampak kita ni cun sgt la kan, tapi kerana Allah . sebagai tanda kita tunduk dan patuh kpada pencipta. kita tutup aurat tu sbagai hamba kita kpada Allah

Aurat hnya bisa ditunjukkan pada..
24:31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lela
ki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

menutup aurat mggunakan pakaian

7:26. Hai anak Adam(manusia), sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

pastu tak perlu la dok make up lebih2 kalo nak menunjukkan kpada org tu dh jadi lain. selain itu kita harus menjaga pandangan kita.. jangan mata tu dok melilau sangat tgok bukan mahram kan, dalam FB pun sama jaga mata dan sbgainya. Menundukkan pndangan bila ad syabab lalu ke kan. kan lebih ayu dan sopan :)

di sini saya sertakan picture SEKECIL2 PERKARA YG PERLU DIAMBIL BESAR. PRHATIAN

NEXT, SANGGUL UNTA (NO/TAKBOLEH/TIDAK BISA)

"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid, Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (berpakaian nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita), terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat." [HR Ahmad, jil. 2, ms 223]
* perkataan 'duduk di atas pelana' zaman sekarang ni kira duduk dalam kereta ok..
sebab apa tak boley?? cuba korang pikir apa sebab dia buat macam tu?? mesti la dia nak menunjukkan kepala dia besar dan menarik perhatian orang, padahal kita tutup aurat bukan tuk perhatian orang.. erm..

JADINYA, kita sebagai orang yang tahu.. hendaklah kita nasihat kepada org2 yg semacam gini, yg penting sekali dkalangan kuarga kita dulu kan.. kalau nak bagi nasihat dekat FB boley la kita letakkan pic dan dalil.. sememangnya akan ada orang yg back up prkara yg dia buat tu tak salah dgn berbagai alasan dan seribu dalih, yg penting kita dh sampaikan.